Bangunan Tambahan Fasa 2 PDF Cetak emel
Ditulis oleh Guru ICT   
Khamis, 26 Ogos 2010 05:46

Ilustrasi di sebelah adalah Bangunan Tambahan Fasa 2 yang akan didirikan di atas tapak Pusat Sumber Sekolah sekarang. Bangunan 4 tingkat ini akan mengandungi 8 buah bilik yang digunakan untuk :

  • Tingkat 1 - Pusat Sumber Sekolah (Gabungan 2 bilik) 
  • Tingkat 2 - Makmal Komputer (Gabungan 2 bilik)

  • Tingkat 3 & 4 - 4 buah bilik untuk  kelas.

Keluasan lantai bangunan Tambahan sekolah seperti berikut:

 

  • Tingkat 1 - 1200 kaki persegi
  • Tingkat 2 - 1200 kaki persegi

  • Tingkat 3 & 4 - 2400 kaki persegi
  • Koridor - 2240 kaki persegi
  • Tangga & tandas - 800 kaki persegi

Oleh itu, projek ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM950, 000 untuk membiayai kos bangunan, penyediaan pelan bangunan, menaik taraf makmal komputer dan Pusat Sumber dan lain-lain.

 

Maka sesiapa yang ingin menyumbang untuk projek Bangunan Tambahan Fasa 2 ini, boleh menyumbang melalui saluran berikut:

  1. Bank tranfer ke Akaun Sekolah Rendah Islam Abim di no. akaun 12 - 029 - 01 - 003762 (BIMB Cawangan Bandar Baru Bangi)
  2. Sumbangan wang disampaikan terus ke Pejabat Kewangan Sekolah.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pejabat Kewangan Sekolah (03-8926 1220) atau fax (03- 8926 1962)

"Marilah Menyumbang untuk Dunia dan Akhirat"

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 26 Ogos 2010 06:30